DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)
Dasar Pengguna negara (DPN) telah dirangka oleh Majlis Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPK) sejak awal penubuhan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 1990. DPN dijadikan panduan dalam penggubalan undang-undang berkaitan dengan perlindungan pengguna. DPN juga menjadi asas segala kegiatan yang berkaitan dengan pengguna yang dilaksanakan oleh semua organisasi dalam semua sektor. DPN juga bertujuan untuk membentuk keseimbangan hak dan tanggunjawab pengguna, pembekal atau pengilang dan juga kerajaan. Pengguna, pembekal atau pengilang dan juga kerajaan perlu melaksanakan peranan masing-masing dengan sewajarnya kearah memelihara kedaulatan negara dan prinsip agama agar Wawasan Negara dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi terpelihara. Dasar Pengguna Negara juga memberikan tumpuan kepada tiga teras utama, iaitu perlindungan kendiri (self-protection) yang berkesan untuk pengguna, kawalan selia kendiri (self-regulation) untuk pembekal atau pengilang dan penglibatan berterusan oleh kerajaan.
objektif Dasar Pengguna Negara
Comments
Post a Comment